• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Kedua Mangsa Lemas Sungai Kuyoh Ditemui

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lagi kanak-kanak mangsa lemas yang ditemui di Sungai Kuyoh berdekatan Kem Perdana Sungai Besi, di sini pagi ini, dikenal pasti sebagai Joshnuel Usin, 9 tahun.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mangsa ditemui ayahnya bersama pasukan pencari di sungai berkenaan pada pukul 10.10 pagi.

“Joshnuel ditemui pada jarak kira-kira 100 meter dari lombong berhampiran Kampung Muhibbah di Cheras.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, mayat Remy Julian Raymond Joe, 14, ditemui di Tasik Muhibbah pada 10.30 pagi, kira-kira 20 km dari lokasi mangsa dilaporkan hilang akibat arus deras.

Chong berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri lemas, Joe Jerry Primus, 12, diteruskan dengan penyertaan 182 anggota dan pegawai pelbagai agensi antaranya Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin lalu, Joe, Joshnuel dan Remy merupakan antara lapan remaja dan kanak-kanak yang pergi memancing di sungai berkenaan.

Namun, ketiga-tiga mereka hilang selepas dibawa arus deras manakala lima yang lain terselamat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya turut melakukan rondaan SAR melalui udara menggunakan helikopter dalam usaha mencari Joe. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]pjuDGnaKEVk[/wpdevart_youtube]

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd