• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Swasta Didakwa Pindah Darah Bervirus HIV Kepada Pesakit

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH hospital swasta di Ipoh didakwa di mahkamah, kerana memindahkan darah yang bervirus HIV kepada seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di sana.

Teck Chai, terlibat dalam satu kemalangan pada 21 Mei 2005 lalu dimasukkan ke Hospital Seri Manjung kerana patah kaki kanan akibat kemalangan itu.

Semasa menerima rawatan di sana, dia menerima 16 pek darah untuk merawat kecederaan sebelum ibu bapanya meminta agar dia dipindahkan ke Hospital Fatimah pada hari sama (21 Mei 2005) dengan melakukannya sendiri.

Apabila Teck Chai dipindahkan ke Hospital Fatimah, dia menjalani ujian darah dan laporan menunjukkan bahawa darahnya HIV negatif.

Pada hari berikutnya dia menerima dua pek darah dari Hospital Fatimah. Kemudian pada 25 Mei 2005, dia menjalani pembedahan di kaki kanannya yang cedera dan diberikan lagi pek darah.

Teck Chai dibenarkan keluar dari hospital pada 1 Jun 2005.

Pada 2 Disember 2005, dia kembali dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pada lutut kanannya.

Berdasarkan laporan ujian darah oleh Gribbles Pathology (Malaysia) Sdn Bhd pada 30 November 2005, ujian darahnya disahkan HIV positif.

Hasil siasatan dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Perak selepas menerima aduan daripada ibu mangsa pada 2006, menunjukkan bahawa Teck Chai telah dijangkiti virus HIV akibat pemindahan darah semasa rawatan yang diterimanya pada 23 Mei 2005.

Susulan kes ini, pihak Hospital Fatimah menjelaskan bahawa mereka tidak berkaitan dengan kes tersebut kerana selaku pihak hospital mereka hanya merawat pesakit dan menerima pek darah dari salah satu pusat kesihatan di luar bandaraya Ipoh. Pek darah tersebut, didakwa bukan dari bank darah Hospital Fatimah.

Keputusan kes ini bakal diputuskan mahkamah 29 Disember 2015. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FatinShahfinaaz

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=WD7PSB6mrvY]

Tags: HIVhospitalIpohpesakitswasta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd