• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Mangsa Lemas Kesal, Tak Ambil Endah Anak Lewat Pulang

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Hamran Ali, bapa kepada salah seorang mangsa lemas di kolam takungan air di kawasan tapak pembinaan di Taman Cahaya Masai dekat Pasir Gudang semalam, kesal kerana tidak mengambil endah kelewatan anaknya dari kelas mengaji.

Bapa berusia 48 tahun itu berkata anaknya Airil Iskandar, 8, pergi ke rumah guru mengaji kira-kira pukul 12 tengah hari dan menyangka anaknya masih di kelas berkenaan ketika hujan turun dengan lebat dua jam kemudiannya.

“Bagaimanapun, setelah beberapa jam hati saya gusar kerana Airil masih lagi tidak pulang ke rumah. Berikutan itu, saya menyuruh abangnya mencari di kawasan sekeliling termasuk di rumah cikgunya namun gagal menemukan Airil,” katanya yang ditemui pemberita di Bilik Mayat Hospital Sultan Ismail (HIS) di sini malam tadi.

Hamran yang bertambah risau kemudiannya mencari mangsa di tempat-tempat lain sebelum dimaklumkan orang ramai bahawa rakan mengaji anaknya dijumpai di tempat kejadian tidak jauh dari kawasan rumah yang didiami.

2 Beradik, Rakan Lemas Di Kolam Takungan Pasir Gudang

“Tanpa berfikir panjang, saya bergegas ke tempat yang dimaksudkan dan setelah sampai, saya melihat joran dan selipar mereka,” katanya lagi.

Setelah gagal menjumpai Airil di sekitar kawasan kejadian, beliau kemudiannya menghubungi bomba untuk bantuan mencari, kata Hamran.

Airil yang merupakan anak bongsu dari empat adik beradik tidak menunjukkan sebarang perubahan sehari sebelum kejadian, malah sempat bergurau dengan saudara-maranya seperti kebiasaan, kata bapanya.

Mayat Airil yang sudah dibedah siasat malam tadi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang selewat-lewatnya selepas waktu Zohor hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 malam semalam itu turut mengorbankan dua beradik yang berkongsi tarikh lahir yang sama pada 7 Julai iaitu Hafiy Iman Hazrul Izwan, 8, dan Mikael Hazrul Izwan, 6. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd