• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Keputusan Mengenai Bayaran Letak Kereta Di Hospital

oleh Ahmad Albab
01/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum membuat keputusan sama ada bayaran letak kereta akan dikenakan di kawasan hospital awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini.

Beliau berkata terdapat cadangan untuk menswastakan pengurusan kawasan letak kereta di beberapa hospital awam ketika ini, namun belum ada keputusan berhubung perkara itu.

“Memang ada cadangan seperti itu untuk memastikan tempat letak kereta boleh diurus dengan lebih baik, tetapi ia tidak akan dilaksanakan esok atau dalam tempoh terdekat. Selagi ia belum dilaksanakan, tak perlulah berasa cemas.

“Bagaimanapun, di beberapa hospital seperti Hospital Kuala Lumpur, kami bina tempat letak kereta bertingkat dan oleh kerana ia tempat letak kereta yang diswastakan, maka orang ramai perlu membayar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel mengenai penyekatan pemasaran makanan dan minuman bukan alkohol tidak sihat kepada kanak-kanak di Pasifik Barat dan Asia Tenggara, di sini.

Beliau mengulas jawapan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya di Parlimen semalam, bahawa Kementerian Kesihatan mengambil keputusan mengenakan caj letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelak penyalahgunaan kawasan letak kereta.

Bengkel empat hari itu, bermula hari ini hasil anjuran bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan, bertujuan melatih pegawai kesihatan awam, pakar undang-undang dan persatuan pengguna tentang pendekatan yang perlu digunakan untuk menangani pemasaran makanan kepada kanak-kanak.

Dr Subramaniam berkata oleh kerana tempat letak kereta berbayar di hospital merupakan isu besar, maka kerajaan perlu menelitinya sebelum membuat sebarang keputusan.

“Di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, misalnya, pengurusannya diswastakan kerana ada orang meletakkan kereta di situ untuk pergi bekerja di Singapura dan mereka hanya pulang sehari kemudian untuk mengambil balik kereta mereka.

“Cuba anda bayangkan tempat letak kereta hospital dipenuhi kereta mereka yang pergi ke Singapura untuk bekerja, dan kami berpendapat kami perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan perbuatan itu dan itulah sebabnya kami ambil keputusan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: hospitalparkir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd