• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA: Jabatan Peguam Negara Kemuka Bantahan Awal Terhadap 3 NGO

oleh Ahmad Albab
01/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara hari ini mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan tiga badan bukan kerajaan (NGO) bagi menghalang kerajaan daripada menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Bantahan itu dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad dengan dihadiri peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili tiga NGO berkenaan.

Shamsul mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, serta kerajaan Malaysia.

Dalam kes ini, Mohamed Haniff Khatri mewakili Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas Malaysia) Nurfitri Amir Muhammad dan Naib Presiden Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Melayu Malaysia (Teras) Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Shamsul ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memfailkan permohonan bantahan awal itu dengan alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan berkaitan TPPA kerana ia melibatkan perjanjian antara negara.

“Ia tidak termasuk dalam bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara berkaitan keputusan dasar mengenai perjanjian antarabangsa.

“Mahkamah biasanya tidak mengganggu pemeteraian perjanjian oleh kerajaan,” kata Shamsul.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 12 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan bantahan awal itu.

Tiga wakil NGO itu yang memfailkan permohonan pada 4 Nov lepas, memohon mahkamah mengeluarkan perintah penggantungan terhadap ketiga-tiga responden daripada meneruskan proses menandatangani TPPA sehingga permohonan semakan kehakiman diputuskan oleh mahkamah.

NGO itu turut memohon deklarasi bahawa menandatangani TPPA adalah tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh menggugat kedaulatan negara.

Selain Malaysia, negara-negara yang terlibat dalam rundingan TPPA ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: Peguam NegaraTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd