• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jaga Kesihatan” Pesan Terakhir Yus Jambu Kepada Misha

oleh AK-47
01/12/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI terkenal Misha Omar tidak menyangka ungkapan pelawak terkenal Yus Jambu yang berbunyi, “Jaga kesihatan, jangan jadi seperti saya” pada Jumaat lalu bakal menjadi pesanan terakhir arwah kepadanya.

BACA: Rakan Artis Ucap Takziah Pemergian Yus Jambu

Menurut Misha, pesanan berbaur nasihat daripada rakan sekumpulannya dalam program realiti Juara Parodi itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Saya tidak menyangka rupa-rupanya keakraban kami pada sesi latihan tempoh hari akan menjadi kenangan terakhir saya dengan arwah.

“Sebelum ini, ketika sesi latihan, kami lebih banyak buat hal sendiri. Tetapi entah kenapa, Jumaat lalu saya banyak meluangkan masa dengannya.

“Banyak yang kami bualkan terutama sekali mengenai hal kehidupan. Dalam perbualan itu, Yus sempat menasihatkan saya supaya menjaga kesihatan dan tidak menjadi sepertinya.

“Arwah bukan saja mengambil berat kepada saya, malah krew dan juga teman rapatnya yang lain,” kata Misha yang masih terkejut dengan berita pemergian arwah.

Selain itu, Misha turut menyifatkan arwah sebagai individu yang sangat menyenangkan dan tidak lokek sepanjang hampir sebulan mereka bersama menjayakan program Juara Parodi.

Tambah Misha, arwah sering membawa alat menguji kandungan gula dalam darah dan menasihatkan rakan-rakan melakukan ujian sama.

“Jadi setiap kali hendak menguji darahnya, arwah akan suruh rakan-rakan yang lain menguji darah mereka.

“Walhal kertas ujian gula itu bukannya murah, tetapi arwah tidak lokek demi menjaga kesihatan rakan-rakannya,” kata Misha.

Dalam pada itu, Misha akui kehilangan mengejut Yus membuatkan dia tidak mampu berfikir tentang perjalanan kumpulan Kobis Pedas yang turut disertai Tauke dalam program realiti itu.

Menurut penyanyi Bunga-Bunga Cinta ini, bagaikan kebetulan pada Jumaat ini, kumpulannya ditugaskan melakukan sketsa menggunakan sebuah bingkai gambar dengan tajuk ‘Aku Suka Benda Ini Kerana Ia Mengingatkan Aku Kenangan Pada Kau’.

“Saya tidak tahu bagaimana kami akan membuat persembahan Jumaat ini lebih-lebih lagi dengan tugasan yang diberi.

“Nampaknya saya sudah tahu gambar siapa yang perlu diletakkan pada bingkai yang diberikan kepada kami tempoh hari,” katanya.

Yus atau nama sebenarnya, Yusry Edoo, 39, meninggal dunia awal pagi Isnin di Hospital Selayang selepas mengadu kurang selesa dan sesak nafas ketika dalam perjalanan pulang selepas mengadakan persembahan di Dataran Merdeka.

Sumber: BH Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RHqF08WRoxc]

Tags: Misha OmarYus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syafinaz ‘Penyelamat’ Vokal Misha

21/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Akur suara adalah aset utama yang menentukan jangka hayatnya sebagai penyanyi, Misha Omar, nekad berguru dengan pensyarah...

Jadi Komposer, Imran Idam Misha Nyanyi Lagunya

07/03/2018
0

SELEPAS mendapat taraf penduduk tetap Malaysia, penyanyi Imran Ajmain kini menyimpan hasrat untuk menghasilkan sebuah lagu buat penyanyi berbakat besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd