• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video ‘Kuda Putih’ Polis Trafik Jadi Viral

oleh Ahmad Albab
30/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tanpa mengira hujan atau panas, tugas setiap anggota polis trafik tetap dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Video menggunakan kamera GoPro yang dirakamkan polis trafik yang sedang bertugas pada Sidang Kemuncak Asean Ke-27 kini menjadi viral di media sosial.

Video bertajuk “Kuda Putih Dalam Hujan” dimuatnaik menerusi Facebook Friends of PDRM pada Khamis dan hingga kini ditonton 74,645 kali.

Kamera GoPro yang diletakkan pada helmet anggota polis berkenaan merakamkan pasukan peronda itu mengiringi pemimpin Asean ke destinasi mereka ketika hujan.

Rakaman durasi 1.28 minit itu memberi penghargaan kepada pengguna Facebook, Khayrol Nizzam yang dipercayai anggota polis trafik yang merakamkannya.

Maklum balas kepada video itu sungguh positif dengan pengguna Facebook memuji tugas anggota polis trafik.

Pengguna Facebook, Abam Pejoi mengucapkan tahniah kepada anggota polis yang bertugas sepanjang sidang kemuncak itu dan berharap mereka yang cedera akan segera sembuh.

Zulfadzli Ridzuan memuatnaik: Dalam hujan boleh macam ni punya laju, berani betul polis ni. Kalau aku ride dalam hujan laju macam ni, mau kempis jantung aku, takut tergolek. Tengok video pun dah seram. – mStar Online

Tags: polis trafikvideo viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

Dua Polis Trafik Perlis Ditahan, Peras Ugut, Pukul Warga Asing

Dua Polis Trafik Perlis Ditahan, Peras Ugut, Pukul Warga Asing

20/07/2024
2

Kangar: Dua anggota trafik Perlis direman selama tiga hari hingga Isnin bagi membantu siasatan kes pemerasan dan mengasari seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd