• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stacy Dahului Satu Pukulan Pada LPGA Malaysia

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia, Stacy Lewis merakamkan enam bawah par 65 untuk mendahului pusingan pertama dengan kelebihan tipis satu pukulan pada Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2014 di sini, hari ini.

Pemain Amerika Syarikat itu membenam tiga birdie pada sembilan lubang pertama untuk menyamakan kedudukan dengan empat pemain Korea Selatan, yang menamatkan saingan dengan lima bawah par 66.

Bagaimanapun, Stacy melakarkan pukulan birdie pada lubang ke-16 untuk mengatasi empat pencabar Korea itu dengan kelebihan satu pukulan pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$2 juta (RM6.53 juta).

“Matlamat saya adalah untuk merakamkan satu atau dua pukulan bawah par pada sembilan lubang pertama tetapi berjaya mendapat tiga bawah par dan ini merupakan permulaan yang baik.

“Agak goyah pada tiga lubang pertama tetapi saya mampu bertahan dan bertuah dapat melakukan beberapa birdie,” katanya.

Katanya walaupun beliau sentiasa memerhatikan kedudukan pemain lain tetapi ia tidak menjejaskan permainannya.

“Sebenarnya saya suka melihat papan markah dan apabila melihat pemain di hadapan melakukan banyak pukulan birdie, saya tahu saya perlu melakukan beberapa pukulan birdie,” katanya.

Mengekori rapat di lapangan Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) ialah empat pemain Korea iaitu Ji Eun-Hee, Ryu So Yeon, Park Hee Young dan bekas juara 2011, Choi Na Yeon.

Na Yeon, yang memulakan saingan daripada lubang ke-10, melakukan bogey pada lubang kedua tetapi ia tidak menjejaskan konsentrasi untuk bangkit semula.

“Saya semenangnya berpuas hati dengan persembahan saya walaupun melakukan pukulan bogey….nasib baik bola tidak masuk ke dalam kolam. Pukulan putt juga menjadi dan harap dapat kekal prestasi ini sehingga pusingan akhir Ahad ini,” katanya.

Sementara itu, juara bertahan Lexi Thompson dari Amerika Syarikat mengharungi pusingan pertama dengan pukulan par 71, sekali gus menduduki tangga ke-42, sama catatan dengan 14 pemain lain. – BERNAMA

Tags: golf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGM Sasar Empat Pemain Negara Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) menyasarkan bagi empat pemain Malaysia – dua lelaki dan dua wanita untuk...

Burgoon Ungguli Pusingan Pertama CIMB Classic 2018

11/10/2018
0

PEMAIN Amerika Syarikat, Bronson Burgoon beraksi cemerlang pada penampilan sulung di Kejohanan Golf CIMB Classic 2018 apabila melakarkan sembilan bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd