• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ura-Ura, iPhone 7 Tidak Akan Mempunyai Jack Fon Kepala

oleh AK-47
29/11/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA diperlihatkan kepada umum pada tahun 2007, iPhone menurut mendiang Steve Jobs ialah sebuah iPod, telefon yang akan mengubah dunia dan peranti pelayar web mudah alih terbaik.

Kemunculan iPhone adalah antara sebab mengapa jualan iPod mengalami kejatuhan mendadak.

Dalam sekelip mata iPhone menggantikan iPod sebagai peranti paling dimahukan pernah dihasilkan oleh Cupertino.

Telefon pintar ini memang terkenal dengan kemampuan audio yang baik terutamanya sekiranya ia dipadankan dengan fon kepala Beats.

Sambungan audio dilakukan dengan menggunakan jack fon kepala 3.5mm. Saiz piawai ini sudah digunakan sejak 1970an.

Jika iPhone ‘membunuh’ iPod, kini wujud ura-ura iPhone 7 akan membunuh jack fon kepala 3.5mm.

Ura-ura mengatakan iPhone 7 tidak akan dilengkapi jack fon kepala dan kesemua sambungan audio dilakukan menggunakan port Lightning.

Dengan penggunaan port Lightining, ketebalan iPhone 7 akan dapat dikurangkan berbanding iPhone 6S sekarang.

Di pasaran sekarang sudahpun wujud beberapa fon kepala dan telinga yang menggunakan sambungan Lightning.

Ini pastinya penyelesaian yang lebih mudah berbanding penggunaan jack fon kepala baru yang dipatenkan oleh mereka beberapa tahun yang lalu.

Sekiranya ura-ura ini menjadi kenyataan adakah ianya mungkin akan menjadi ikutan sepertimana pengguna skrin sesentuh seakan 3D Touch mula wujud pada beberapa peranti Android sekarang.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: 9To5Mac

Tags: appleiPhoneiphone 6s
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

Indonesia Larang Apple Jual iPhone 16

28/10/2024
0

JAKARTA: Indonesia melarang Apple Inc daripada menjual peranti iPhone 16 terbarunya di negara terbesar di Asia Tenggara itu, dengan alasan...

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd