• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Lakukan Lawatan Kerja 3 Hari Ke Itali

oleh Ahmad Albab
29/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VALLETTA (Malta) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memulakan lawatan kerja tiga hari ke Itali hari ini untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Itali dan berkongsi pengalaman mereka tentang cara menangani perkara berkaitan keselamatan.

Ahmad Zahid, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis dan delegasi akan berlepas ke Rome selepas majlis penutupan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang berlangsung tiga hari di Malta.

Duta Malaysia di Itali Datuk Abdul Samad Othman berkata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri Itali, ketua polis negara dan ketua imigresen selain menghadiri majlis makan malam bersama rakyat Malaysia, yang tinggal di negara itu.

“Mesyuarat dua hala itu dijangka membincangkan perkara berkaitan perkongsian pengalaman luas Itali dalam menangani isu keselamatan seperti ancaman keganasan, imigresen dan membendung kongsi gelap.

“Malaysia mahu mempelajari daripada Itali bagaimana untuk membendung isu ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Abdul Samad berkata pada majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di Itali pula, timbalan perdana menteri akan memperjelaskan kepada mereka tentang situasi semasa di tanah air.

Sehingga kini, lebih 300 rakyat Malaysia bekerja dan menjalankan perniagaan di Itali. – BERNAMA

Tags: ItaliZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

28/02/2026
0

MILAN — Suasana pagi di bandar Milan bertukar kecoh apabila sebuah trem terbabas sebelum merempuh bangunan di kawasan bandar pada...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd