• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami, Isteri Mengandung Maut Nahas 2 Kenderaan

oleh Ahmad Albab
29/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabit dalam nahas melibatkan dua kenderaan di kilometer 14.7, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran Ladang Hentian Tinggi, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.23 pagi itu, kedua-dua mangsa, Khairul Anwar Tajuddin, 34, dan isterinya, Murni Muhamat, 26, yang mengandung didapati tersepit.

Mereka berjaya dikeluarkan daripada kereta oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

Manakala, anak lelaki mangsa berusia kira-kira dua tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

Kassim berkata, pihaknya mengambil masa selama sejam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit berikutan berhadapan kesukaran membabitkan kenderaan yang terbalik.

Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Menurutnya, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta yang dinaiki tiga beranak iaitu Proton Persona dan kereta dipandu seorang lelaki jenis Honda Civic.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian Online

Tags: kemalangan mautSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd