• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janda Sudah Bertunang Ditangkap Khalwat

oleh Ahmad Albab
28/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang wanita yang sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi ditahan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) selepas didapati berdua-duaan dengan seorang lelaki dalam sebuah bilik di Jalan Teluk Wanjah di sini, awal semalam.

Pasangan itu antara empat individu yang ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan terhadap lokasi berasingan sekitar bandaraya ini mulai jam 11 malam kelmarin hingga kira-kira 1 pagi semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan cuba menipu pihak berkuasa kononnya dia belum berkahwin untuk mengelak statusnya diketahui pihak berkuasa sebelum mengakui bertunang buat kali kedua dan mempunyai tiga anak dengan bekas suaminya terdahulu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Rosyidi Mahmud, berkata pihaknya menahan pasangan itu selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat mereka dalam sebuah kedai makan di bandar raya di sini.

Beliau berkata, sebaik anggotanya tiba di lokasi kejadian, mereka mengetuk pintu sebuah bilik dalam kedai makan berkenaan sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap dalam keadaan takut. “Anggota kami kemudian membuat pemeriksaan dalam bilik yang ditutup lampu dan menemui seorang lelaki yang berpakaian lengkap dalam bilik itu.

Kita mengesyaki mereka melakukan maksiat. “Wanita itu mengaku mengenali lelaki berkenaan sejak tiga bulan lalu namun mengakui sudah bertunang dengan lelaki lain dan sudah melakukan persiapan untuk melangsungkan perkahwinan keduanya.

“Namun berdasarkan maklumat awam yang diterima, lelaki itu dikatakan sudah beberapa kali datang ke bilik itu bertemu wanita berkenaan sehingga menimbulkan syak sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah suami isteri atau mahram,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu katanya, dalam serbuan terhadap sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala pula, sepasang kekasih dicekup berdua-duaan dalam bilik tanpa mempunyai sebarang ikatan sah.

Pasangan terbabit yang berusia 19 tahun, salah seorang daripadanya adalah pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perak, didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik tanpa mempunyai sebarang ikatan sah.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengetuk pintu sebelum dibuka seorang lelaki berusia 19 tahun yang mengaku berdua-duaan dengan pasangannya.

“Soal siasat mendapati, mereka mengaku berkenalan sejak sekolah dan jarang bertemu disebabkan remaja perempuan terbabit belajar di Perak, manakala pasangannya bekerja di sebuah hotel di bandar raya ini,”katanya.

Beliau berkata, dua pasangan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]XByjq6KYVTQ[/wpdevart_youtube]

Tags: kes khalwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Didenda RM1,500 Terima Suapan Kes Khalwat

30/03/2022
0

IPOH : Anggota polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima...

Isteri Orang Dicekup Bersama Kekasih

20/11/2018
0

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang berstatus isteri nombor dua dicekup dalam keadaan mengaibkan bersama kekasih selepas bilik di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd