• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sukarelawan Maut Kereta Dihempap Lori

oleh Ahmad Albab
28/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang sukarelawan polis yang baharu menamatkan syif di Balai Polis Beserah, di sini maut selepas kereta dipandunya dihempap lori yang hilang kawalan.

Pegawai Turus Trafik negeri Deputi Superintendan Ahmad Nadzri Zainal berkata mangsa Muhammad Rizal Ramly, 37, yang berasal dari FELDA Neram 1, Kemaman maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kejadian pukul 6.15 pagi di Jalan Kuantan-Pelabuhan Kuantan itu turut menyebabkan pemandu lori Mohd Shah Abu Bakar, 51, yang berasal dari Kulaijaya, Johor dan kelindannya Fazlan Abd Kadir, 42, dari FELDA Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor cedera dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu lori yang menghala ke bulatan Aspa Cottage dari bandar hilang kawalan menyebabkab ia terbalik dan menghempap kereta mangsa yang bergerak di laluan kiri,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Nadzri berkata anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir setengah jam untuk mengalihkan lori sebelum dapat mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kereta.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd