• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Malaysia Akan Ke Thailand Minggu Depan Siasat Justo

oleh Ahmad Albab
28/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia akan menghantar pegawainya ke Thailand bagi menyoal siasat Xavier Andre Justo berhubung siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis Thailand telah bersedia untuk menerima kehadiran polis Malaysia untuk menyiasat kes berkenaan.

“Mereka (Polis Thailand) telah bersedia untuk menerima pegawai kita dan akan menyoal siasat Justo,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justo, 49, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan di Thailand pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi sebanyak 2.5 Juta Swiss Frane (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Kes Justo menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dilakukan antara PetroSaudi dan 1MDB.

Mengenai kes pertemuan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar dengan anak bekas ketua kumpulan pengganas Sulu, Jacel Kiram II, Khalid berkata pihak polis juga akan memanggil Anggota Parlimen Batu, Tian Chua bagi membantu siasatan kes itu.

“Semalam kita telah merakamkan percakapan daripada Nurul Izzah di Bukit Aman. Selepas ini kita akan memanggil Tian Chua pula untuk membantu siasatan dalam tempoh terdekat.

“Kita akan teruskan siasatan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana percubaan sabotaj,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor Siri 2/2015 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis di sini.

Seramai 419 pelatih yang menjalani Latihan Asas Kadet Inspektor pada siri itu selama sembilan bulan telah tamat latihan berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fLL-_7aW-DU[/wpdevart_youtube]

Tags: Xavier Andre Justo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Benar Najib Periksa Dokumen Justo Serah SPRM

13/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memeriksa dokumen...

Permohonan Najib Periksa Dokumen Justo Didengar 13 Disember

21/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Disember untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd