• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Islam Digesa Dalami Pengetahuan Tentang Demokrasi

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para pemimpin Islam perlu mendalami pengetahuan tentang demokrasi serta memahami bagaimana sistem itu boleh ditadbir dengan baik di negara masing-masing, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kebanyakan mereka tidak memahami maksud sebenar kerajaan demokratik dan sebaliknya mempunyai tanggapan bahawa sekiranya sesebuah negara mengamalkan demokrasi, maka ia ditadbir dengan baik.

Berucap kepada peserta Persidangan Antarabangsa Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit), di sini hari ini, Dr Mahathir berkata: “Anggapan umum di dunia Islam adalah demokrasi berjalan baik di Malaysia dan oleh itu, negara Islam ingin tahu kenapa ia berjaya di sini.”

Sambil menjelaskan bahawa demokrasi bukanlah suatu sistem yang sempurna kerana negara Barat sendiri mengambil masa 200 tahun untuk sampai ke peringkat mereka berada hari ini, beliau berkata: “Para pemilih mestilah cukup matang apabila mengundi dalam pilihan raya.

“Mereka tidak boleh memilih pemimpin semata-mata kerana mereka adalah daripada kaum atau jantina yang sama, tetapi mereka perlu pilih calon yang baik, dan bagi calon pula, mereka perlu mengotakan janji yang dibuat semasa pilihan raya apabila mereka memerintah nanti.”

Dr Mahathir, yang juga pengerusi KL Summit, berkata demokrasi di Malaysia berbeza dengan demokrasi di barat, yang terlalu liberal, hingga meruntuhkan sistem moral mereka.

“Demokrasi kami menitikberatkan tentang hak untuk mengundi kerajaan yang akan memerintah dan menerima keputusan pilihan raya. Kalau kita kalah dalam pilihan raya, kita perlu terima keputusan itu. Kalau kita menang, maka kita bentuk kerajaan.

“Di sesebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengharapkan untuk menang sepanjang masa. Ada yang menang, dan ada yang kalah. Kita kena terima kekalahan dan tunggu hingga pilihan raya berikutnya diadakan untuk mencuba sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata Islam dan umatnya kini dilanda krisis yang amat serius iaitu mereka bergaduh sesama sendiri.

“Mereka tak perlu bunuh kita, mereka (musuh) mahu kita berbunuh sesama sendiri. Membunuh saudara kita yang beragama Islam adalah salah dan ia tidak diajar oleh Islam,” tegas beliau.

Kira-kira 100 anggota perwakilan dari beberapa negara Islam menghadiri sidang kemuncak tiga hari itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]eIBSv8qhOY8[/wpdevart_youtube]

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd