• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Merajuk Telefon Bomba Maklum Mahu Terjun Tingkat 15

oleh AK-47
25/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… macam-macam. Seorang lelaki berusia 57 tahun bertindak menelefon bomba memaklumkan dia mahu terjun dari tingkat 15 sebuah apartmen di Bandar Hilir, Melaka, kelmarin.

Lelaki yang merupakan bekas anggota tentera ini menelefon bomba kira-kira jam 12 tengah malam selepas dia gagal menghubungi isterinya.

Difahamkan, bapa kepada tiga anak ini berbuat demikian kerana mempunyai krisis rumah tangga dan berasa sunyi selepas isterinya berusia 50-an tidak pulang ke rumah.

Timbalan Penguasa Bomba (Bahagian Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd. Din berkata, selepas dimaklumkan, sebuah jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Respon Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu bersama 15 anggota termasuk unit khas dikerah ke lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki itu berjaya diselamatkan selepas dipujuk hampir tiga jam dengan kerjasama polis, ahli keluarga dan pengurusan bangunan berkenaan.

“Ketika proses memujuk, lelaki tersebut turut meluahkan perasaan kepada isterinya, selain memarahi tiga anaknya. Operasi menyelamat tamat pukul 2.40 pagi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Harian

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6WAv5tYdQHg]

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd