• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kanak-Kanak Lemas Terjatuh Dalam Perigi Lama

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Dua kanak-kanak lemas dalam sebuah perigi lama yang terletak di dalam kebun kelapa sawit, berhampiran rumah mereka di Kampung Alur Belanga, Alor Keladi dekat Jerteh di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata mangsa Mohd Nabil Nuriman Mohd Lazim, 9, dan Muhammad Amirul Hakim Syahrul Azman, 7, dipercayai bersama seorang lagi rakannya Muhammad Izul Apiq Amirozi, 8, telah bermain di satu kawasan lopak air dalam kebun itu, kira-kira 100 meter dari rumah Mohd Nabil Nuriman.

“Ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak menyedari bahaya bermain air di kawasan itu sebelum mereka terjatuh ke dalam perigi yang sama paras dengan lopak air,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau, Muhammad Izul Apiq yang berjaya menyelamatkan diri meminta pertolongan daripada bapanya yang bergegas mengeluarkan kedua-dua mangsa dari telaga itu serta meminta anak lelakinya itu pergi memberitahu kejadian tersebut kepada bapa Mohd Nabil Nuriman kira-kira pukul 5 petang.

“Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Besut namun telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk rawatan.

Mohd Nabil Nuriman merupakan pelajar kelas Program Pendidikan Khas Intervensi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi, Jerteh manakala Muhammad Amirul Hakim dari SK Kampung Nangka, Kuala Besut.

Menurut Khaled, siasatan mendapati paras air perigi yang tidak dipagar itu didapati meningkat lebih empat meter akibat daripada hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu.

Perigi lama itu masih digunakan oleh pemilik kebun sawit untuk mendapatkan sumber air bagi tujuan pertanian terutama pada musim panas.

Sementara itu bapa Mohd Nabil Nuriman, Mohd Lazim Muhammad, 44, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Besut berkata anak kelima daripada sembilan adik-beradik itu makan tengah hari bersamanya di rumah sebelum mangsa keluar tanpa disedari untuk bertemu dua rakannya itu.

Katanya, beliau terkejut apabila seorang daripada rakannya yang terselamat datang ke rumahnya untuk memaklumkan yang anaknya itu lemas di perigi lama. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd