• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecewa Isu Beli Alat Uji Hamil, Emma Mahu Saman Penulis

oleh AK-47
27/11/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKILAN dengan artikel menyatakan dirinya membeli alat ujian kehamilan, pelakon jelita Emma Maembong bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis yang membuat laporan tersebut.

BACA: Beli Alat Uji Hamil, Emma Kesal Dituduh Mengandung

Menurut Emma, keputusan ini dibuat atas nasihat keluarganya yang berpendapat artikel itu telah menjatuhkan maruahnya.

4-Isu-Alat-Uji-Kehamilan-Emma-Maembong-Mahu-Saman-Penulis-ROTIKAYA-700x407

Jelas Emma, dia berasa kesal kerana apa yang dikongsi itu atas dasar kawan lima bulan lalu namun telah disensasikan sebuah portal hiburan.

“Disebabkan perkara ini, banyak persepsi negatif timbul sehingga mengaibkan saya malah keluarga menggesa supaya ambil tindakan undang-undang

“Memang kecoh di aplikasi WhatsApp keluarga saya selepas artikel ini disiarkan. Saya kecewa kerana hal ini dikongsi atas dasar kawan dan tidak sangka pula keluar artikel dengan tajuk begitu,” ujarnya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Emma menyatakan perasaan sangsi dan tidak fahamnya mengapa artikel tersebut baru disiarkan sedangkan perbualan itu sudah lama berlangsung.

“Ketika itu, saya beritahu saya yang beli alat ujian kehamilan untuk kakak saya, Yaya yang kini sudah lima bulan hamil.

“Kalau cerita ini keluar pada waktu itu, Yaya baru mengandung tetapi kenapa sekarang baru nak disiarkan? Tidakkah ia mengundang pelbagai tanggapan negatif terhadap saya?” katanya lagi.

Antara blog hiburan yang memanipulasi berita Emma membeli alat uji kehamilan.
Antara blog hiburan yang memanipulasi berita Emma membeli alat uji kehamilan.

Artikel bertajuk ‘Kecoh Emma Maembong Beli Alat Uji Hamil‘ yang disiarkan sebuah portal hiburan itu menjadi viral hingga ada ada sesetengah pihak memanipulasikan isu tersebut hingga timbul dakwaan pelakon berusia 23 tahun itu sedang mengandung anak luar nikah. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EXwXxGzpMcw]

Tags: Emma Maembong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Emma Maembong Sah Isteri Shazli

20/02/2020
0

PELAKON Emma Maembong sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32 , dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Dunia...

Emma Maembong Bakal Nikah Khamis Ini?

17/02/2020
0

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini. Difahamkan, majlis pernikahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd