ANDA ingin mencari hadiah yang menarik dan istimewa? Mungkin anda boleh hadiahkan barangan ini, iaitu satu set seluar dalam yang memaparkan muka pelakon sitkom 1980-an, The Golden Girls.
Setiap satu seluar dalam itu memaparkan muka-muka pelakonnya iaitu watak Rose, Dorothy, Sophia dan Blance.
Ia berharga antara RM159 hingga RM217.
Jika berminat untuk membeli satu set dengan semua wajah-wajah pelakon itu, ia bernilai RM690.
Ia bukan kali pertama wajah mereka digunakan untuk urusan promosi perniagaan malah awal tahun ini terdapat usaha bagi menghasilkan set lego Golden Girls.
Siri tersebut disiarkan selama tujuh tahun mulai 1985 hingga 1992 dengan Betty White atau Rose sahaja yang masih hidup. Dia kini berusia 94 tahun. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]O72WhlHFAVo[/wpdevart_youtube]
