• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Cuba Godam Mesin ATM Di Bayan Baru

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Dua lelaki dilapor cuba menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Tengah, Bayan Baru di sini pada 25 Sept lepas, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata laporan polis mengenai kejadian itu dibuat oleh pegawai bank berkenaan Selasa lepas berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu yang merakam kehadiran dua lelaki rakyat asing berkulit cerah.

“Pegawai bank berkenaan menerima e-mel daripada ibu pejabat bank berkenaan yang mengarahkan cawangan itu memeriksa rakaman CCTV pada tarikh 22 Sept dari pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki berkulit putih itu telah membuka bahagian atas satu daripada mesin ATM di situ dan cuba melakukan sesuatu ke atas CPU berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas program High Profile Policing di Lorong Kulit, di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rakaman, cubaan dua lelaki terbabit gagal dan mereka menutup semula bahagian atas mesin ATM berkenaan sebelum meninggalkan premis bank itu.

Abdul Rahim berkata pihak bank dan sekuriti bertugas tidak menyedari cubaan dua lelaki terbabit sehingga rakaman CCTV berkenaan dilihat semula.

“Tiada sebarang kerugian dialami bank berkenaan dan polis telah membuka kertas siasatan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Beliau berkata polis berjaya mendapatkan imej dua lelaki terbabit menerusi CCTV di bank berkenaan dan imej itu diedar kepada orang ramai untuk membantu mengesan mereka.

Polis turut meningkatkan kawalan dan rondaan di semua ATM bank di negeri ini bagi mengelak kejadian menggodam ATM, katanya.

Kejadian menggodam mesin ATM milik beberapa bank dilapor berlaku di empat negeri baru-baru ini menyebabkan bank mengalami kerugian hampir RM3.1 juta dan berikutan itu polis melancarkan Ops Albatross bagi mengesan sindiket yang disyaki didalangi rakyat Amerika Latin. – BERNAMA

Tags: Godam ATMwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd