• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia Darjah Kebesaran Kepada 130 Penerima

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2015 kepada 130 penerima.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara di sini bersempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disambut pada 6 Jun lepas.

Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan kali ini ialah bekas Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia, Jeneral Tan Sri Dr Moeldoko yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) Kehormat.

Turut menerima darjah PSM Kehormat ialah bekas Setiausaha Agung ASEAN Tan Sri Dr Surin Pitsuwan.

Pengurniaan darjah berkenaan membawa gelaran Tan Sri.

Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 10 penerima antaranya Pengerusi Puspanita Negeri Pulau Pinang Datin Seri Hamidah Mat Daud, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Jaminan Kualiti Jabatan Kimia Malaysia Bakhtiar Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Maizan Ismail, Setiausaha Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri Nadiah Ahmad Tajuddin dan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan Bahagian Pinjaman Perumahan Sendeli Sebli.

Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan Darjah Kesatria Setia Diraja (KSD) kepada tiga penerima daripada Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Lt. Kolonel Ahmad Juniar Abdul Wahab, Mejar Alfan Naem Katiman dan Kapten Ilham Roshandy Azwir Zulfian.

Seri Paduka turut mengurniakan Darjah Ahli Mangku Negara (Kehormat) kepada Konsulat General Negara Sudan Mahmoud Abdelrahim Ahmed Elhaj dan mengurniakan Darjah Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 22 penerima.

Sementara itu, 36 individu menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) manakala 56 menerima Pingat Bentara Setia Diraja (BSD). – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd