• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pekerja Asing Perlu Selesai Ikut Persefahaman Majikan-Kesatuan

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu isu-isu berkaitan pekerja asing diselesaikan mengikut persefahaman majikan dan kesatuan sekerja.

Beliau berkata kerajaan sentiasa peka dengan keperluan pihak berkenaan berhubung isu pekerja asing, dan cuba membantu dengan sebaik mungkin.

“Kerajaan diminta oleh majikan terutamanya dari sektor pembinaan, pembuatan perabot dan perladangan yang memerlukan pekerja asing.

“(Tetapi) ada segelintir pihak luar seperti kesatuan sekerja dan parti politik mempolitikkan pula isu ini,” katanya ketika berucap pada jamuan malam Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) di Subang Jaya dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan majikan supaya menyediakan kemudahan asas mencukupi untuk pekerja asing dan tidak melakukan penganiayaan terhadap mereka.

Beliau juga berkata sistem dalam talian bagi mendaftar dan memantau pekerja Bangladesh, yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, bertujuan mengelak mereka daripada menjadi mangsa ‘orang tengah’ yang mahu mengendalikan kemasukan pekerja asing itu.

“Mereka pekerja sah. Selepas bekerja satu atau dua tahun, orang tengah (ejen) tidak membaharui permit mereka…inilah yang menjadikan mereka pekerja haram,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Tst9e7u9ckY[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd