• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Proses Ayam Sambung Bekalan Air Haram Diserbu

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini menyerbu sebuah kilang memproses ayam di Jalan Keretapi Lama, Batu Lima, Kapar di sini, selepas disyaki membuat sambungan bekalan air secara haram sejak Februari lalu yang menyebabkan kerugian RM112,000.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata pemeriksaan mendapati premis berkenaan membuat penyambungan secara terus daripada paip utama Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menggunakan paip berukuran 32 mm.

“Sambungan itu kemudiannya menyalurkan bekalan air ke dalam sebuah tangki simpanan yang dibina dalam premis berkenaan.

“Ujian klorin yang dilakukan juga menunjukkan bekalan air digunakan adalah air terawat yang diambil menggunakan sambungan tidak sah bagi tujuan menjalankan perniagaan dan kegunaan harian,” katanya kepada pemberita selepas operasi serbuan dan pemotongan sambungan paip haram di kilang berkenaan.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan kakitangan Air Selangor bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut Amin Lin, mana-mana pihak atau individu yang didapati membuat sambungan ke suatu sesalur utama atau paip air perkhidmatan selain daripada pemegang lesen adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Jika sabit kesalahan, pihak terbabit boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sebanyak 935 kes kecurian air direkodkan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Januari hingga November tahun ini membabitkan kerugian kira-kira RM6 juta. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]a2kEvg97sHY[/wpdevart_youtube]

Tags: SPAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

11/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd