• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamil Khir Nafi 2 Pegawai Tinggi YaPEIM Diarah Bercuti

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan dua pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) diarah bercuti, sementara siasatan dijalankan ke atas yayasan itu.

“Keputusan belum ada lagi. Berita itu tidak benar,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan itu, selepas merasmikan Persidangan Fiqh Zakat Antarabangsa 2015 di sini, hari ini.

Semalam, portal berita tempatan melaporkan dua pegawai kanan YaPEIM diarah berehat daripada menjalankan tugas, sementara siasatan terhadap yayasan itu dijalankan.

Perkara itu turut dilaporkan stesen televisyen swasta yang menamakan kedua-dua pegawai kanan itu ialah Pengerusi YaPEIM Datuk Abdullah Malek Awang Kechil dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Siti Zaleha Hussin.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam yayasan itu.

YaPEIM menarik perhatian umum selepas dikaitkan dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurus atasannya.

Dakwaan oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir itu, turut mengaitkan Jamil Khir, YaPEIM dan peneraju tertinggi yayasan berkenaan yang dituduh menyalah guna dan menyeleweng dana amal jariah (Skim Potongan Gaji).

Pada 19 Nov lepas, Jamil Khir memfailkan saman fitnah terhadap Akmal Nasir berhubung dakwaan itu, di Mahkamah Tinggi di sini.

Mengenai tindakan kira-kira 3,000 pencarum YaPEIM yang menarik balik caruman daripada yayasan itu, Jamil Khir berkata: “Saya kena jawab dalam mahkamah…kalau tidak, jadi bercampur (bercanggah) dengan kenyataan mahkamah nanti”.

Mengenai penganjuran persidangan itu, Jamil Khir berkata ia menjadi platform bagi institusi zakat daripada pelbagai negara bertukar idea tentang perlaksanaan zakat khususnya pada masa ini.

Persidangan dua hari itu dihadiri kira-kira 200 peserta dari enam buah negara termasuk Indonesia, India, United Kingdom dan Afrika Selatan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Ag3ySftQpMA[/wpdevart_youtube]

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd