SEBAHAGIAN besar kita menganggap kolam renang paling mahal di dunia mungkin hanya berukuran saiz raksasa namun ramai tidak tahu ia menjadi bernilai tinggi jika dipasang marmar, jubin mozek dan elemen mewah lainnya.
Tinggi nilai pembangunan sesebuah kolam renang juga dipengaruhi oleh besar kecilnya ukuran kolam itu. Berikut ini adalah lima kolam renang termahal di dunia yang dipetik daripada portal bornrich.com untuk rujukan anda:
Hearst Castle, Amerika Syarikat

Lev Leviev Residence, United Kingdom

Terletak di London, kolam renang tersebut dimiliki oleh usahawan Israel bernama Lev Leviev. Kolam renang ini sama mahal dengan aset Hearst. Sangat mudah untuk memahami bagaimana kolam renang ini bernilai tinggi.
Ini kerana ia dibina dengan material mewah termasuk daripada ubin mozek dan emas. Kolam ini juga dilengkapi dengan pemandian spa. Leviev membangunkannya juga dengan kos bernilai AS$10 juta (kira-kira RM42 juta).
Seagaia Ocean Dome, Jepun

Dalam kompleks yang sama terdapat fasiliti ombak dan suara letusan gunung berapi buatan manusia. Ia juga dianggap sempurna oleh pencinta sukan air, perenang, dan penggemar suasana gunung berapi dari serata dunia.
San Alfonso, Chile

Menandingi Ocean Dome, San Alfonso merupakan kolam renang terbesar dalam ruangan dan pernah disenaraikan Guinness World Record pada 2008 lalu. Kolam saiz raksasa ini memerlukan tempoh lima tahun untuk siap dibina.
Keluasannya sekitar 8 hektar dengan kedalaman 3.3 meter. Bagaimana mereka mengisi kolam sebesar itu? Hanya dengan air laut yang disaring. Cara ini paling masuk akal, kerana ia satu-satunya sumber air yang cukup besar
City of Stars, Mesir
Kolam renang paling mahal di dunia ialah City of Stars, yang terletak di Sharm el Sheikh, Semenanjung Sinai dekat Laut Merah. Struktur kolam renang besar ini dibuat oleh Crystal Lagoons, yang juga membina San Alfonso.
Dibina pada 2000 dengan luas 8.5 hektar, ada 11 laguna lain yang menjadi daya tarikan pelancong. Kos pembinaan ialah AS$5.5 bilion (RM23 bilion) dan menggunakan teknologi saringan air laut untuk mengisi keseluruhan kolam.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA


