• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Malaysia 2015 Penampilan Terakhir Lions XII

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Liga Malaysia 2015 (Liga-M) merupakan penampilan terakhir wakil Singapura, Lions XII dalam kancah bola sepak tempatan setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak memperbaharui Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 2011.

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, keputusan berkenaan diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM setelah mengambil kira beberapa faktor seperti kos terlibat bagi pasukan tempatan untuk berkunjung ke negara Seberang Tambak itu.

“Setelah membuat pertimbangan secara mendalam, MoU kita dengan Singapura (iaitu FAS) tidak kita lanjutkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan oleh Presiden badan induk itu Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini, malam tadi.

Afandi berkata, tempat Lions XII dalam saingan Liga Super 2016 bakal digantikan pemenang perlawanan kalah mati di antara pasukan tangga ke-11 Liga Super 2015, Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan tangga ketiga Liga Perdana iaitu T-Team yang bakal ditetapkan dalam tempoh terdekat.

Beliau menjelaskan pasukan Kuala Lumpur yang tersingkir ke saingan Liga FAM 2016 selepas menduduki tangga ke-11 daripada 12 pasukan Liga Perdana musim ini akan kekal beraksi musim depan bagi melengkapkan kuota 12 pasukan bertanding.

Untuk rekod, FAM dan FAS menandatangani MoU pada 2011 di Wisma FAM, Kelana Jaya yang antara lain menyaksikan pasukan Harimau Muda dihantar bertanding dalam saingan Liga Singapura manakala pasukan Lions XII menyertai Liga-M.

Sejak menyertai Liga-M secara rasmi pada 2012, Lions XII muncul juara Liga Super pada 2013 selain muncul juara Piala FA, musim ini.

Pada masa yang sama, Afandi turut memaklumkan Jawatankuasa Eksekutif FAM bersetuju mengenai cadangan Pasukan Petugas Khas berhubung pembubaran pasukan Harimau Muda yang diwujudkan sejak 2007, selain menambah bahawa kesemua pemain pasukan berkenaan akan kembali ke negeri kelahiran masing-masing, musim depan.

Dalam pada itu, beliau berkata FAM akan mengadakan satu bengkel khas dalam tempoh terdekat yang turut melibatkan pasukan bertanding bagi membincangkan sama ada sepak mula Liga-M 2016 diadakan pada Januari atau Februari tahun depan.

Sementara itu, Afandi memaklumkan Selangor yang menduduki tangga ketiga Liga Super musim ini diberikan gelaran naib juara selepas FAM bertindak memotong enam mata yang diraih oleh Pahang.

Ia susulan kegagalan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) untuk melunaskan bayaran pampasan kepada bekas pemain import mereka dari Maghribi iaitu Mohamed Borji yang pernah beraksi bersama skuad Tok Gajah pada 2013.

Beliau berkata, FAM telah mendapat surat daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), baru-baru ini yang mengarahkan FAM supaya memotong enam mata daripada Pahang dalam liga domestik iaitu Liga Super selepas gagal melunaskan pampasan kepada pemain berkenaan yang ditamatkan kontrak lebih awal pada tahun yang sama.

Pahang sebelum ini menduduki tangga kedua Liga Super 2015 menerusi kutipan 44 mata manakala Selangor di tangga ketiga dengan pungutan 39 mata.

“Ekoran daripada itu, kedudukan Pahang untuk mewakili Malaysia dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan tidak lagi boleh berlaku dan kita akan mencalonkan pasukan Selangor kepada AFC sebagai satu daripada wakil negara ke kejohanan berkenaan,” jelas Afandi. – BERNAMA

Tags: Liga Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd