• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ketua Cawangan JPJ Mengaku Tak Bersalah Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang bekas Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Muadzam mengaku tidak bersalah atas 19 pertuduhan menerima barang berharga tanpa balasan berjumlah RM12,300 sejak 2012 hingga Sept tahun ini di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini hari ini.

Azhar Ahmed, 51, didakwa menerima suapan berkenaan secara bulanan daripada pengusaha-pengusaha lori yang beroperasi di sekitar Muadzam Shah.

Tertuduh menghadapi tujuh pertuduhan menerima barang berharga daripada Mohd Sufian A Majid berjumlah RM5,600 antara Feb hingga Dis 2012.

Azhar juga didakwa atas empat pertuduhan lagi iaitu menerima barang berharga daripada Tan Lee Eng@ Tang Gee Yong berjumlah RM1,400 antara Julai dan Okt 2012.

Tertuduh turut didakwa atas tiga pertuduhan lagi iaitu menerima barang berharga daripada Rameli Majid berjumlah RM1,800 antara Julai dan Okt 2012.

Lima pertuduhan lagi menerima suapan daripada A.Naganah dan Lin Ten Loi masing-masing berjumlah RM2,400 dan RM1,000 serta RM100 daripada Yap Chia Shiang antara Julai dan September 2015.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, Azhar didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM21,000 dengan seorang penjamin dan 22 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shafinaz Shabudin. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JJDWcVR6J5M[/wpdevart_youtube]

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd