• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kirim Duit Untuk Suami Berubat, Tapi Joli Kelab Malam

oleh
27/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Seorang wanita Arab Saudi berasa ditipu oleh suaminya yang meminta sejumlah kiriman wang konon bagi membiayai kos perubatan tinggi lelaki tersebut ketika berada di luar negara.

Padahnya, wanita tersebut dilaporkan media tempatan telah mengemukakan permohonan cerai secara fasakh selain meminta wang perbelanjaan nafkah untuk menanggung anak-anak mereka.

Kisah, ini bermula ketika si suami meninggalkan isterinya itu untuk berubat di Mesir dengan menyatakan konon dia akan berada di negara jirannya itu untuk menjalani rawatan selama beberapa hari.

Pada awalnya wanita itu percaya sahaja dengan segala cakap suaminya. Namun hampir dua bulan si suami tinggal di Mesir sebelum menghubungi isterinya untuk dikirim lebih banyak lagi wang.

Ketika hendak mengirimkan wang, wanita ini kebetulan mendapat maklumat bahawa lelakinya itu tiada di hospital tetapi sedang bersenang-lenang bersama-sama penari seksi di sebuah kelab malam.

Informasi dalam bentuk foto itu memperlihatkan kelibat suaminya sedang membahagikan wang kepada beberapa penari kelab malam dan gambar tersebut diterima daripada telefon pintar adik suaminya.

Adik iparnya itu secara tidak sengaja melihat foto berkenaan dan mengirim kepada wanita tersebut yang turut terkejut lantas kemudian memohon perceraian fasakh di sebuah mahkamah syariah tempatan.

Dia menuntut suaminya itu untuk mengembalikan semua wang yang pernah dikirimnya selama ini, lapor akhbar Sada, yang dipetik daripada laman berita Emirates247 pada Isnin.

“Dia juga meminta cerai dan nafkah bulanan untuk menanggung anak-anak mereka,” kata harian tempatan itu tanpa mendedahkan di mana pasangan itu tinggal di Arab Saudi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiMesir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd