• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sindiket Pengemis Asing Atau Tempatan Dikesan Di Negara Ini

oleh Ahmad Albab
23/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis tidak mengesan sebarang sindiket yang terlibat dengan aktiviti mengemis dari luar negara atau tempatan, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini, KDN berkata kebanyakan pengemis berbuat demikian berdasarkan kehendak masing-masing atau dipaksa oleh keluarga untuk menyara kehidupan harian mereka.

Justeru itu, KDN akan menyelamatkan kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi untuk mengutip dana atau meminta sedekah di tempat awam mengikut perenggan 17(1)(k) Akta Kanak-kanak 2001.

Bagi ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang diselamatkan, mereka perlu menyempurnakan bon dengan perintah mahkamah bagi kanak-kanak di bawah akta yang sama perenggan 30(1)(a).

“Ia bagi memastikan mereka benar-benar melaksanakan tanggugjawab yang sewajarnya terhadap anak mereka,” kata KDN bagi menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang bertanya bilangan sindiket pengemis luar negara dan tempatan yang beroperasi.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menjalankan operasi bersepadu untuk menyelamatkan kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) yang menjadi mangsa aktiviti tersebut mengikut peruntukan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Orang Papa 1977. – BERNAMA

Tags: KDNpengemis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd