• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Jenayah Menurun Di Pahang Bagi 2013 Hingga 2015

oleh Ahmad Albab
23/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kadar jenayah di Pahang menurun sebanyak 90 kes iaitu daripada 5,617 kes pada 2013 kepada 5,527 kes pada 2014, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini pula penurunan kes direkodkan sebanyak 654 kes, berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 4,158.

Bagaimanapun, katanya terdapat kategori jenayah yang menunjukkan peningkatan bagi tempoh Jan 2014 hingga Sept 2015.

“Antaranya ialah jenayah mendatangkan kecederaan (meningkat 16 kes), iaitu dari 182 kes kepada 198 kes.

“Kes mencuri motokar, iaitu dari 167 kes kepada 216 kes, peningkatan sebanyak 49 kes manakala kes pecah rumah dan curi meningkat 81 kes iaitu daripada 544 kes kepada 625 kes,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Lee Chin Chen (Ketari-DAP) yang ingin tahu mengenai statistik kadar jenayah di Pahang dari 2013 hingga 2015 mengikut kesalahan.

Mengenai statistik jenayah di Bentong, Adnan berkata, terdapat 65 peningkatan kes jenayah bagi tempoh Januari hingga Mac berbanding 112 kes, dalam tempoh sama tahun lepas.

Adnan juga berkata Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk mengadakan operasi khas dan menubuhkan ‘task force’ bermula Mei lepas bagi menurukan kadar jenayah di daerah berkenaan. – BERNAMA

Tags: JenayahPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd