• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mison Sere Dinobat Lelaki Paling Hodoh Zimbabwe

oleh AK-47
25/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki berusia 42 tahun, Mison Sere dinobatkan sebagai Lelaki Paling Hodoh Zimbabwe selepas dia memenangi pertandingan Lelaki Paling Hodoh yang sudah diadakan empat tahun berturut-turut di negara itu.

Mison, seorang penganggur mengalahkan lima finalis lain termasuk juara bertahan William Masvinu yang hanya berjaya meraih naib johan sekali gus tidak dapat mempertahankan kemenangannya buat empat kali berturut-turut.

“Saya bersyukur dengan kemenangan ini, tahun lepas saya hanya memenangi tempat keempat. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada juri yang telah mengangkat saya sebagai juara,” katanya.

ii

Sementara itu, William yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak juri mempertikaikan kemenangan Mison dengan mendakwa lelaki itu seorang yang agak kacak untuk dinobatkan sebagai juara.

Menurut William, Mison hanya kelihatan hodoh sebaik dia membuka mulut yang memperlihatkan barisan giginya yang patah.

Pertandingan itu berjaya menarik sebanyak 36 penyertaan tahun ini berbanding hanya lima peserta pada 2012. -MYNEWSHUB.CC

Tags: unikZimbabwe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Pengajaran Dari Zimbabwe”

19/11/2020
0

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengajak semua pihak mengambil pengajaran daripada negara Zimbabwe, sebuah negara yang mengalami situasi “hyperinflation”...

Penyu Yangtze Tinggal 3 Sahaja!

15/04/2019
0

BEIJING – Satu daripada penyu yang jarang dijumpai – Yangtze bercengkerang lembut gergasi mati di sebuah zoo di selatan China....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd