• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan: Jangan Buat Spekulasi Terhadap Warga Asing

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri atau menuduh warga asing terlibat dalam kejadian letupan bom buatan sendiri di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang, awal pagi ini.

“Mungkin insiden ini ada kaitan dengan persaingan perniagaan, antara kelab-kelab malam atau sebagainya. Saya sudah menerima laporan awal kejadian itu tetapi saya tidak dapat mendedahkan punca sebenar kejadian sehingga siasatan polis selesai,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Wan Junaidi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mengaitkan kejadian itu dengan penglibatan warga asing berdasarkan peningkatkan indeks kes jenayah di negara ini.

Namun, beliau yang melahirkan rasa simpati terhadap 14 orang yang cedera dalam insiden itu, memberi jaminan bahawa pihak yang terlibat dalam kejadian letupan bom itu tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA

Tags: Bomwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd