• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersingkir Gegarvaganza, Nizam Dapat Rezeki Tunai Umrah

oleh AK-47
25/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN tersingkir pada minggu keenam Gegarvaganza musim kedua (GV2), namun Nizam Laksamana memperoleh rezeki terpijak apabila pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Dato Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih popular dengan nama Datuk Seri Vida menyatakan hasrat mahu menaja ibadah umrah Nizam dan isterinya.

Ternyata, ada hikmah di sebalik penyingkirannya semalam. Sebelum ini, Nizam pernah menyatakan hasrat mahu menunaikan haji sekiranya memenangi gelaran juara GV2.

Mengulas mengenai perkara itu, Nizam berkata, “Saya merasakan inilah kemenangan sebenar yang telah saya kecapi. Walaupun tersingkir, saya telah diberikan rezeki yang lebih baik.

“Sebaik sahaja Datuk Seri Vida memberitahu dia mahu menaja saya dan isteri mengerjakan umrah hujung tahun ini, saya terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana merealisasikan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci,” katanya, memetik laporan Astro Gempak.

Nizam tersingkir selepas persembahannya membawa lagu Rindu Serindu Rindunya gagal meraih markah tinggi daripada juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan Datuk Suhaimi Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.

Dengan penyingkiran Nizam, kini tinggal tujuh penyanyi bersaing merebut tempat sebagai juara GV2, iaitu Siti Nordiana, Ezad Lazim, Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong dan Azian Mazuwan Safuan.

Gegar Vaganza 2015 Minggu 1 – Sorotan

Tags: myArtispenyanyiselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd