• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,000 Penyumbang Tarik Diri, YaPEIM Akan Perjelas Isu Fitnah

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter
Datuk Abibullah Samsudin
Datuk Abibullah Samsudin

KOTA BAHARU – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

“Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada YaPEIM.

“Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda YaPEIM anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Prof Datuk Mahamad Naser Dis.

Mengulas lanjut, Abibullah berkata YaPEIM kini mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.

Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.

Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan atasannya. – BERNAMA

Tags: fitnahyapeim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd