• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Pertahan Anugerah Perdana TYT Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dinobat sebagai pemenang Anugerah Perdana TYT Negeri Pulau Pinang dan Olahragawan negeri 2013, sekali gus mengulangi pencapaian cemerlangnya pada tahun 2012.

Jaguh badminton negara itu bagaimanapun tidak dapat hadir untuk menerima anugerah berkenaan daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Anugerah Sukan 2013 di Hotel Traders di sini.

Chong Wei yang diwakili Pengarah Majlis Sukan Negeri Frederick Tan Teck An, tidak dapat hadir kerana neneknya meninggal dunia, Isnin lepas.

Sementara itu, Olahrawati negeri dianugerah kepada Ratu Skuasy negara Datuk Nicol Ann David yang baru meraih pingat emas dalam skuasy perseorangan wanita pada kejohanan Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan.

Nicol juga tidak dapat hadir untuk menerima anugerah berkenaan kerana terikat dengan latihan rutinnya di Amsterdam, Holland dan diwakili bapanya Desmond David.

Chong Wei dan Nicol, masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Anugerah Olahragawan Harapan pula diraih atlet renang Alwyn Tan Yean Yang, 17, yang berjaya memenangi dua pingat emas pada Sukan Malaysia di Perlis baru-baru ini.

Atlet skuasy, Vanessa Raj, 18, dianugerah Olahragawati harapan 2013 atas kejayaan memenangi dua pingat emas dalam acara individu dan berpasukan wanita pada Temasya Sukan Belia Asia di Nanjing, tahun lepas.

Mereka masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Selain itu, skuad karate turut mencapai kejayaan cemerlang apabila berjaya meraih Anugerah Pasukan Lelaki dan Wanita terbaik 2013.

Anugerah Tokoh Pemimpin Sukan 2014 pula diraih Timbalan Presiden Persekutuan Karate Malaysia Lim Chee Jin dan Anugerah Jurulatih terbaik 2013 dinobatkan kepada Jurulatih Karate negeri Lim Lee Lee. – BERNAMA

Tags: Lee Chong WeiPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd