• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jin Wei Tak Pandang Rendah Lawan Di ASG 2015

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara remaja dunia, Goh Jin Wei tidak mahu memandang rendah pesaingnya dalam acara badminton di temasya Sukan Sekolah ASEAN (ASG) yang akan bermula di Brunei esok sehingga 29 Nov ini.

Jin Wei, 15, berkata walaupun dia kini memegang status juara dunia, ia bukan tiket baginya untuk mengambil mudah saingan lawan terutamanya dari Singapura, Thailand dan Indonesia.

Katanya dia akan menggunakan pengalamannya dalam beberapa penyertaan peringkat antarabangsa tahun ini untuk menyumbang pingat emas buat kontinjen negara di Brunei nanti.

“Saya akan memberikan persembahan terbaik dan cuba mempertahankan pingat emas negara dalam acara perseorangan wanita. Tahun lepas saya menjadi naib juara selepas tewas kepada Lee Ying Ying.

“Bagi saya masih ramai lagi pesaing yang mempunyai kekuatan tersendiri. Selepas menjuarai gelaran juara remaja dunia baru-baru ini, keyakinan saya lebih baik,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan Jalur Gemilang bagi Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini hari ini.

Jin Wei muncul juara dunia selepas menundukkan Ying Ying, 18, di final yang menemukan dua pemain negara di Kejohanan Remaja Dunia di Lima, Peru, Ahad lepas.

Selepas aksi di Brunei, Jin Wei akan menyertai Cabaran Antarabangsa India dari 9-13 Dis ini.

Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) menghantar seramai 122 atlet bagi menyertai tujuh jenis sukan iaitu olahraga, badminton, bola jaring, golf, pencak silat, renang dan sepak takraw.

Ketua kontinjen negara Zainuren Mohd Nor optimis Malaysia yang juga juara bertahan mampu mengulangi kejayaan di Filipina tahun lepas dengan pencapaian 41 pingat emas, 34 perak dan 30 gangsa.

Kontinjen negara akan berlepas ke Brunei pagi esok.

Bagi temasya kali ini, Malaysia menyasarkan 26 emas sahaja tahun ini kerana acara sukan yang dipertandingkan adalah kurang berbanding tahun lepas.

Untuk rekod Malaysia menjuarai ASG sebanyak dua kali iaitu ketika menjadi tuan rumah pada 2011 dan di Filipina tahun lepas.- BERNAMA

Tags: Jin Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Badminton Jin Wei Enggan Beri Thailand Menang Mudah

24/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Tidak mudah untuk mempertahankan pingat emas apabila terpaksa mengharungi lima jam yang sengit sebelum Thailand dinobatkan sebagai...

Perkembangan Positif Kecederaan Jin Wei Legakan BAM

28/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Perkhabaran positif mengenai tahap kecederaan yang dialami pemain peseorangan wanita negara, Goh Jin Wei sedikit melegakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Presidennya Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd