• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Lorong KM52.4 Lebuhraya KL-Karak Ditutup

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Anih Berhad memaklumkan penutupan satu lorong di Kilometer (Km) 52.4 bagi kerja pembaikan dan pencegahan susulan kejadian banjir lumpur yang berlaku 11 Nov lalu.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Anih Berhad berkata penutupan lorong perlahan menghala ke Kuala Lumpur itu telah bermula 16 Nov lalu dan hanya akan dibuka semula selepas semua kerja-kerja itu selesai.

“Pada masa sekarang, hanya satu lorong sahaja yang boleh dilalui trafik. Sempena dengan cuti sekolah pada 21 Nov ini, pengguna ke Kuala Lumpur
dinasihatkan berhati-hati melalui kawasan berkenaan dan mematuhi arahan yang disediakan,” kata kenyataan itu.

Anih Berhad juga menasihatkan pengguna merancang perjalanan dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

Anih Berhad turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna.

Kejadian banjir lumpur di Km52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang 11 Nov itu menyebabkan kedua-dua arah tidak boleh dilalui dan hanya dibuka semula sepenuhnya pada Ahad lepas.

Kejadian itu turut menjejaskan 14 keluarga membabitkan 73 orang di kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]o957Y3MVU44[/wpdevart_youtube]

Tags: Lebuhraya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya Pan Borneo Dijangka Siap Lima Tahun Lagi

22/05/2022
0

Lebuhraya Pan Borneo, termasuk laluan dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah, dijangka akan siap sepenuhnya dalam...

Kenderaan Bertambah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak 30KM

01/05/2022
0

SHAH ALAM - Trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) merekodkan kesesakan sejauh 30.7 kilometer (KM) bermula dari Plaza Tol Gombak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd