• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yakin SUV Q7 Akan Dapat Sambutan Dalam Pasaran M’sia

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Audi Malaysia yakin kenderaan utiliti sukan (SUV) Audi Q7 generasi kedua akan mendapat sambutan dan berkembang dalam pasaran Malaysia dan meneruskan trajektori meningkat syarikat di dalam negara ini.

Pengarah Urusan Audi Malaysia, Immo Buschmann, berkata Q7, juga dikenali sebagai ‘the great Quattro’, mempunyai potensi besar untuk berkembang di pasaran Malaysia, dengan disokong komitmen syarikat untuk membawa produk kompetitif kepada pasaran.

Audi Q7 merupakan bukti daripada falsafah Quattro Audi, menggabungkan keupayaan sebuah kenderaan lasak dengan keselesaan dan utiliti kenderaan keluarga serta sedan perniagaan yang berprestij, katanya kepada pemberita selepas pelancaran kenderaan itu di sini hari ini.

“Audi Q7 bukan hanya menyerlahkan jenama ini, malah bagi keseluruhan segmen SUV premium, dan saya yakin seperti juga perintisnya, ‘the great Quattro’ akan menjadi kejayaan yang membanggakan Audi di Malaysia,” katanya.

Buschmann berkata penyerahan kenderaan Audi kepada pelanggan bagi tempoh Oktober 2014 hingga Oktober 2015 susut 5.3 peratus daripada 1,337 unit kepada 1,266 unit.

“Ini disebabkan 2015 merupakan tahun pengukuhan bagi Audi memandangkan kami mengambil pemilikan jenama Audi di Malaysia, ditambah dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan serta penyusutan ringgit.

“Bagaimanapun, kami menjangkakan mata wang Malaysia dan syarikat akan mengakhiri tahun ini dengan prestasi tinggi dan memulakan tahun akan datang dengan kukuh,” katanya.

Audi menawarkan harga bermula RM589,900 dengan Audi Q7 semua baharu itu menampilkan 10 warna termasuk putih Carrara, putih Glacier, perak Floret, kuning air Carat, coklat Argus dan biru Ink.

Pertama kali diperkenalkan pada September 2005 di Pameran Motor Frankfurt, Q7 asal merupakan perintis SUV daripada Audi, meletakkan usaha asas untuk kejayaan masa depan Audi dalam SUV mewah. – BERNAMA

Tags: Audi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Achey Berahsia Dengan Isteri Sebelum Hadiahkan Audi TT

23/04/2018
0

SESIAPA yang ingin melakukan kejutan kepada insan tersayang, perancangan yang dilakukan pasti mengambil masa yang lama untuk memastikan acara yang...

Audi Mohon Maaf, Siar Iklan Wanita Asia ‘Kurang’ Menarik

20/07/2017
0

SYARIKAT kenderaan terkenal dari Jerman, Audi hari ini memohon maaf di atas ketidakprihatinan mereka dalam menyiarkan iklan berbaur sensitif seakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd