• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minggu Promosi Kraf Malaysia Di Ayer Keroh

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka menyasarkan jualan produk sebanyak RM200,000 sepanjang Minggu Promosi Kraf Malaysia di Kompleks Kraf Melaka di Lebuh Ayer Keroh bermula Khamis depan.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau-Pulau Datuk Ghazale Mohamad berkata kira-kira 4,000 pengunjung disasarkan sepanjang lima hari pameran dan jualan barangan kraf itu yang bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Beliau berkata seramai 33 usahawan kraf dari seluruh negara terdiri daripada 10 pengusaha tekstil, tujuh hasil rimba, enam aneka kraf dan 10 kraf logam, hasil tanah dan seni catan.

“Seramai 19 daripada pempamer adalah usahawan kraf dari Melaka, empat dari Negeri Sembilan dan selebihnya dari negeri lain dan Minggu Promosi Kraf Malaysia ini menjadi medium untuk mereka memasarkan hasil kraf secara terus kepada pengguna.

“Acara ini juga dilihat dapat membantu usahawan meningkatkan hasil jualan mereka berbanding hari biasa,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka So’hibul Azri Ahmad.

Mengulas lanjut, Ghazale berkata selain pameran dan jualan barangan kraf, pengunjung juga berpeluang untuk turut serta dalam demonstrasi kraf dan interaktif kraf termasuk mencanting batik dan membuat tembikar.

Beliau berkata pelbagai aktiviti, pertandingan dan persembahan kebudayaan turut diadakan sepanjang minggu promosi itu bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Sementara itu, katanya Minggu Promosi Kraf Malaysia tersebut turut bertujuan memperkenalkan Kompleks Kraf Melaka sebagai Pusat Persinggahan Kraf Setempat kepada masyarakat di Melaka, agensi pelancongan, jabatan kerajaan, swasta, pelancong dari dalam dan luar Melaka.

“Bangunan kompleks ini mula dibuka di Ayer Keroh pada Okt 2013 dan ramai yang tidak mengetahui kewujudannya termasuk dalam kalangan usahawan kraf di negeri ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata usahawan disaran berhubung dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka untuk mempamerkan produk mereka di kompleks itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]INyMz5XVgyE[/wpdevart_youtube]

Tags: Kraftangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April

16/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April...

Jualan Industri Kraf Negara Catat RM333 Juta

29/09/2018
0

LAHAD DATU — Jualan industri kraf negara mencatatkan nilai berjumlah RM333 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd