• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kevin Zahri Akui Tidak Malu Khatam Quran Di Usia 37 Tahun

oleh AK-47
24/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMANGAT dan tekad yang dimiliki oleh perunding kesihatan terkenal, Kevin Zahri ini sesungguhnya layak dicontohi oleh masyarakat Islam.

Walaupun sentiasa sibuk dan umur sudah menjangkau 37 tahun, ternyata itu bukanlah alasan buat bapa kepada dua cahaya mata ini untuk tidak berusaha untuk khatam Al-Quran.

Tidak malu mendedahkan hal itu, Kevin yang berkongsi kepada masyarakat umum menerusi laman Facebook meluahkan rasa gembira dan syukurnya kerana azamnya mahu khatam Al-Quran buat pertama kali setelah empat tahun berusaha akhirnya tercapai.

1

Lebih manis, menurut Kevin, secara kebetulan hari khatam Al-Qurannya itu bersamaan dengan tarikh lahir arwah ibunya yang ke-70 tahun iaitu pada 18 November lalu.

Dalam pada itu, Kevin turut menyatakan sebab mengapa kini baru dia berpeluang untuk khatam Al-Quran.

Jelasnya, sebelum ini dia dibesarkan di Jerman menyebabkan pendekatan untuk belajar membaca Al-Quran kurang.

Namun, ketika usia 13 tahun dia dan keluarganya berpindah ke Malaysia dan barulah dia mula belajar Bahasa Melayu dan membaca Muqaddam.

Bagaimanapun, kerana sering bertukar perpindahan ke pelbagai sekolah menengah berasrama dan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat membuatkan usahanya untuk khatam terhenti.

Menurutnya, azamnya kembali timbul untuk khatam Al-Quran setelah mendirikan rumah tangga dengan Rio Elani pada April 2010.

Difahamkan, Kevin mengambil mengikuti kelas mengaji sebanyak dua kali seminggu dengan bantuan seorang ustazah yang dikenali sebagai Sheila Ezan.

Oleh itu, apa alasan anda untuk tidak khatam Al-Quran? – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CkQVo7n0LeU]

Tags: Kevin Zahri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kevin Zahri Tawar Bantu Abam Bocey Untuk Kurus

08/04/2015
0

UCAPAN kemenangan Abam Bocey yang berbunyi 'Gemuk is Awesome' mendapat perhatian ramai peminat industri hiburan tanah air yang terhibur dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd