• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paip Bocor Faktor Peningkatan Kadar Air Tak Terhasil

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Paip bocor dan pemasangan paip yang tidak menepati prosedur merupakan antara penyumbang kepada peningkatan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata NRW yang dicatat di Pulau Pinang ialah 192 juta liter sehari atau 18.9 peratus.

“Walaupun ia menunjukkan kadar yang rendah berbanding negeri lain di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan iaitu 35.5 peratus, adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan supaya isu NRW ini dapat diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesedaran dan Pematuhan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 di sini hari ini.

Sementara itu, CEO Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Ir Jaseni Maidinsa ketika ditemui pada majlis itu berkata penggunaan produk paip yang tidak berkualiti, selain pemasangan tidak menepati standard Akta Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006 merupakan penyumbang utama masalah itu.

“Jika kita boleh kurangkan masalah pemasangan paip dan meter air, maka kita boleh kurangkan NRW lebih kurang 75 peratus,” katanya.

Beliau berkata sasaran kerajaan di bawah rancangan Malaysia ke-11 adalah untuk mengurangkan NRW sebanyak 25 peratus dan berharap semua pihak terlibat bersama mengembleng tenaga ke arah kualiti kerja yang tinggi dan menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Seramai 400 peserta terdiri daripada penggiat industri perkhidmatan air, kontraktor dan tukang paip sekitar negeri ini menghadiri seminar hasil usaha sama SPAN, PBAPP, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Pulau Pinang dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

Seminar sehari itu antara lain mendedahkan peserta dengan jenis permit, skop, tatacara dan tanggungjawab pemegang permit permohonan dan pembaharuan permit yang dilihat dapat dijadikan panduan kepada pemaju, kontraktor dan tukang paip dalam meningkatkan mutu kerja pembinaan bekalan air dan pembentungan.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]wyRSrSDrHl4[/wpdevart_youtube]

Tags: SPAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

SPAN, JAS Siasat Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Sungai Semantan

11/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd