• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paris Bergegar, Wanita Letup Diri, 5 Pengganas Dicekup

oleh
20/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Sekurang-kurangnya lima ditahan pada Rabu untuk disoal siasat polis Perancis di bahagian utara negara itu susulan serbuan ke atas militan IS yang disyaki dalang serangan di 6 lokasi di Paris pada Jumaat minggu lalu.

Demikian menurut pejabat pendakwa raya Paris. Seorang wanita bagaimanapun berjaya mengelakkan dirinya daripada ditahan dengan sengaja meletupkan dirinya sendiri di rumahnya sewaktu serbuan berkenaan dilakukan.

“Tiga lelaki bersembunyi dalam sebuah apartmen berjaya ditangkap,” menurut pejabat pendakwa raya. Seorang lagi lelaki dan wanita yang berada di kawasan apartmen, lokasi para penyerang bersembunyi juga disoal siasat.

Polis dilaporkan terlibat dalam kejadian tembak-menembak yang berlarutan di Saint-Denis utara Paris awal pagi Rabu, tempat seorang militan warga Belgium suspek dalang serangan berdarah dipercayai cuba bersembunyi.

Kejadian berbalas-balas tembakan dalam satu operasi anti-pengganasan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Perancis itu menyebabkan rakyat negara Eropah tersebut kembali dilanda ketakutan dan cemas keterlaluan.

Stadium Stade de France, lokasi pengebom nekad meletupkan bom pada Jumaat lalu, juga terletak di kawasan yang sama dan menurut sumber polis, beberapa orang lelaki sedang bersembunyi di dalam sebuah apartmen.

Serbuan secara mengejut ke atas kumpulan lelaki tersebut diteruskan oleh pihak polis. Stesen televisyen Perancis, BFMTV menyatakan ada beberapa orang anggota polis tempatan turut cedera dalam operasi nekad berkenaan.

Sumber-sumber polis juga memberitahu agensi berita Reuters bahawa operasi paling berbahaya itu ada kaitan dengan operasi intensif memburu mereka yang terlibat dalam serangan berdarah di Paris pada Jumaat lalu.

Pada Selasa, para penyiasat di Perancis berkata bukti yang diperoleh hasil dari rakaman video meningkatkan lagi kebimbangan bahawa dua lelaki bersenjata dalam serangan Jumaat lalu masih berjaya bebas lagi berkeliaran.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ParisPerancis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd