• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Masing-Masing Didenda RM240,000, Seleweng Petrol & Diesel

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM240,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menyimpan stok berlebihan serta menyeleweng petrol dan diesel.

Hakim Madihah Harullah membuat keputusan itu terhadap Chok Eng Seng, 29, dan isterinya, Goh Sock Mei, 29, selepas berpuas hati dengan semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.

Kedua-dua tertuduh yang juga pemilik stesen minyak, masing-masing menghadapi tiga pertuduhan iaitu menyimpan stok petrol berlebihan daripada kuantiti dibenarkan dan gagal menyelenggara buku petrol serta diesel, yang mempunyai butiran setiap pembelian termasuk tarikh, kuantiti serta nama penjual.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Wira, Batu 3, Jalan Seremban, Lukut, Port Dickson pada pukul 11 pagi, 5 Mac tahun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 21 Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bagi pertuduhan pertama, mereka dituduh menyimpan 44,628 liter petrol, melebihi kuantiti yang ditetapkan iaitu 27,300 liter.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, mereka dituduh gagal menyelenggara suatu buku stok barang berjadual iaitu diesel dan petrol, yang mengandungi butiran setiap pembelian yang menunjukkan tarikh, kuantiti, harga serta nama dan alamat penjual.

Hakim menetapkan tertuduh didenda RM80,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan adalah RM480,000 bagi kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, K. Selvarajoo manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yang Teik Lee dan Gurdit Singh. – BERNAMA

Tags: dendaSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd