• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR 2015: Jurang Pencapaian Akademik Sekolah Luar Bandar & Bandar Semakin Mengecil

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurang pencapaian akademik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) antara luar bandar dan bandar di seluruh negara semakin mengecil berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) tahun ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya GPN bagi sekolah luar bandar mencatat 2.34 berbanding 2.38 pada tahun lepas manakala sekolah bandar pula kekal mencatat GPN 2.21.

Nilai GPN lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

“Ia merupakan pencapaian yang baik dalam pendidikan negara ini apabila jurang pencapaian akademik antara sekolah luar bandar dan bandar semakin mengecil.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian (UPSR) pada tahun ini dan berharap agar ia akan kekal pada tahun-tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara sempena pengumuman keputusan UPSR 2015 di sini, Selasa.

Sementara itu, Guru Besar SK Bukit Damansara Hazinah Ibrahim berkata sekolah itu muncul sebagai sekolah terbaik pencapaian UPSR di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun ini.

Katanya seramai 81 daripada 178 calon peperiksaan UPSR mendapat kesemua A dalam lima mata pelajaran yang diduduki oleh mereka.

“Pencapaian kesemua A itu meningkat kepada 81 orang berbanding 69 orang pada tahun lepas, manakala semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan kecuali Bahasa Melayu Pemahaman ada sedikit penurunan iaitu 2.3 peratus.

“Secara keseluruhan sekolah itu mencapai peningkatan sebanyak 0.9 peratus iaitu 98.7 peratus pada tahun ini berbanding 97.8 tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahdzir KhalidUPSR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd