• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Lebihkan Paris, Abaikan Beirut?

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENTARA bangunan-bangunan utama di beberapa negara di seluruh dunia dihiasi dengan lampu limpah bermotifkan warna bendera Perancis sebagai tanda solidariti, penduduk Beirut merasakan seperti diabaikan.

Sehari sebelum serangan di Perancis, dua pengebom berani mati dipercayai militan IS telah meletupkan diri dan mengorbankan 43 orang awam dan mencederakan lebih 239 orang awam ibu negara Lubnan tersebut.

Dua letupan tersebut meliputi 150 meter persegi dan berjarak lima minit antara satu sama lain di Bourj al-Barajneh pada Khamis.

Tetapi pada esoknya, tumpuan masyarakat dunia hanya kepada Perancis.

Keadaan tersebut menyebabkan beberapa pihak terutamanya warga maya melemparkan kritikan pedas dan rasa tidak puas hati atas laporan berat sebelah media.

Simpati dunia terhadap Beirut mungkin sama dengan simpati terhadap Perancis, namun dengan jelas tiada limpahan lampu bermotifkan bendera Lubnan kelihatan di negara-negara tumpuan dunia.

“Bila orang saya mati, tiada negara ingin menghiasi bangunan mereka dengan bendera Lubnan,” kata seorang doktor, Elie Fares.

“Bila orang saya mati, bukan seluruh dunia bersimpati. Kematian mereka tidak relevan kerana ia dianggap biasa terjadi di Timur Tengah dan itulah kitaran media,” luah Elie lagi.

“Wahai Facebook, cantik gubahan bendera Perancis pada bahagian gambar. Tetapi bagaimana saya boleh gubah gambar profil saya supaya menunjukkan simpati kepada Beirut juga?” kata Katie Bradford sinis di Twitter.

Majoriti warga maya dengan jelas menghentam media kerana ‘lebihkan’ Paris daripada apa yang terjadi di Beirut.

Militan IS serang dua negara

Sama seperti serangan di Paris, serangan di Beirut juga adalah yang paling menggemparkan setelah beberapa dekad.

Malah sama seperti serangan di Paris, kedua-dua kumpulan penyerang juga dikaitkan dengan militan IS.

Walaupun IS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Beirut, pengamal media masih belum dapat memastikan kesahihan kenyataan kumpulan militan tersebut.

Menurut seorang suspek yang berjaya ditangkap, beliau bersama tiga individu lain tiba Lubnan dari Syria, dua hari lepas.

Simpati berbelah-bahagi

Kenapa dunia bersimpati penuh terhadap Paris dan tidak kepada Beirut?

Kedudukan Beirut yang berdekatan dengan jajahan takluk IS menyebabkan media dunia seperti ‘tidak hairan’ dengan kejadian yang menimpa negara tersebut.

Sumber Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan Lubnan terlebih dahulu dari mana-mana negara dalam dunia yang menerima berjuta-juta pelarian dari Syria yang sehingga kini bergolak akibat perang saudara.

Jadi, mengapa media dunia abaikan Beirut? – Sinar Harian Online

Tags: BeirutParis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bom Kuat Gegar Beirut Menjelang Ulang Tahun Perang Gaza

Bom Kuat Gegar Beirut Menjelang Ulang Tahun Perang Gaza

06/10/2024
0

LUBNAN : Bola api raksasa kelihatan menerangi langit dan kepulan asap malayang di selatan Beirut, semalam selepas Israel melancarkan serangan...

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd