• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoo Negara Mula Pamer Anak Panda Gergasi Hari Ini

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Zoo Negara akan mempamerkan anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang mulai Selasa.

Timbalan Presidennya, Rosly@Rahmat Ahmad Lana berkata, tontonan umum itu akan berlangsung dari 2.30 hingga 3.30 petang setiap hari.

“Sekiranya anak panda itu tidak meragam, pada Disember ini kami mungkin buat dua sesi tontonan iaitu pagi dan petang,” katanya.

Beliau berkata segala persiapan telah dibuat bagi penontonan anak panda itu kepada khalayak awam, yang memang ditunggu-tunggu.

“Kami sedia mengawal keadaan sekiranya pengunjung terlalu ramai dalam satu-satu masa,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Anak panda yang dilahirkan pada 18 Ogos, kini mampu merangkak dan berjalan namun masih tidak bergerak aktif.

Anak panda yang belum dinamakan itu seberat 5.6 kilogram.

Seorang pengunjung setia Zoo Negara, Nizrul Khalid, 37; berkata beliau dan anaknya yang berusia tiga tahun tidak sabar untuk melihat anak panda itu dengan dekat.

“Anak perempuan saya membayangkan anak panda itu sama seperti anak patung beruang… Saya nak bawa dia bagi melihat sendiri perbezaan kedua-dua haiwan itu,” katanya.

Peminat setia panda gergasi itu, Artikah Jaafar, 26; yang mengikuti berita tentang pasangan itu sejak mereka tiba di Malaysia, gembira anak panda itu akan dipertontonkan mulai Selasa.

“Saya akan menjadi antara pengunjung terawal melihat anak pada itu esok,” katanya.

Anak panda itu akan dihantar pulang ke China selepas dua tahun berada di sini.

Mengikut perjanjian antara kerajaan Malaysia dan China, Xing Xing dan Liang Liang akan menetap di sini selama 10 tahun.

Pasangan panda gergasi yang dipinjamkan China tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lepas sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. – mStar Online

Tags: Anak PandaZoo Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Night Zoo’ Johor Dibuka Bermula 27 Mac – Onn Hafiz

‘Night Zoo’ Johor Dibuka Bermula 27 Mac – Onn Hafiz

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pembukaan Night Zoo di Zoo Johor bermula 27 Mac ini, sekali...

Oyen Kini Bergelar ‘Star of Zoo Negara’

Oyen Kini Bergelar ‘Star of Zoo Negara’

08/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Kehadiran 'Oyen', kucing yang tular 'bersahabat' baik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd