• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nikotin Tinggi: Rokok Elektronik, Rokok Biasa Sama Berbahaya

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata rokok elektronik (e-rokok) atau vape juga sama berbahaya kerana kandungan nikotin yang tinggi dalam produk itu.

“Percayalah, rokok elektronik tidak baik dan sama seperti rokok. Rokok elektronik menghasilkan bau harum dan berperisa. Apabila anda menghisap rokok, anda hanya mendapat bau asap.

“Tetapi apabila anda menghisap rokok elektronik, anda memperoleh bau yang harum seperti strawberi dan mangga. Bau harum ialah cara melariskan produk rokok elektronik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO) ke-26 dan Bengkel NGO ASEAN IFNGO ke-22 di sini.

Justeru, Dr. Mahathir, yang juga Penaung Yayasan IFNGO, menggesa masyarakat terutama ibu bapa memupuk nilai-nilai memerangi dadah dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda supaya mereka memahami bahawa dadah boleh memudaratkan kesihatan dan memusnahkan kehidupan mereka.

Dr. Mahathir berkata pendekatan lebih berkesan perlu diguna pakai untuk memberitahu generasi muda bahawa dadah boleh digunakan sebagai ubat dan harus mengelak daripada menggunakannya lebih daripada itu.

“Ibu bapa harus memberitahu dadah akan memendekkan hidup mereka dan menyemai ajaran yang positif untuk membenci dadah.

“Jika mereka (generasi muda) dibesarkan dengan mematuhi nilai-nilai tersebut, mereka sendiri akan melawan godaan untuk menggunakan dadah.

“Jika kita semua percaya kepada sistem nilai, kita tidak akan melihat penagih dadah dalam masyarakat kita dan kita boleh membasmi dadah selama-lamanya,” kata beliau.

Baca: CAP Gesa Kerajaan Lebih Tegas Haramkan Terus Vape

Di bawah pemerintahan British, Dr. Mahathir berkata hanya penarik beca dan buruh mengambil candu untuk mengurangkan keletihan dan senang tidur selepas sehari bekerja.

Tetapi keadaan sekarang, orang mengambil dadah kerana mereka ketagih dan mahu menukar sesuatu dalam kehidupan mereka.

“Ia lebih teruk sekarang kerana pengaruh dadah boleh menjerumuskan seseorang kepada jenayah seperti mencuri dan membunuh.

“Sebagai contoh, jika seorang budak lelaki tidak diberikan wang oleh ibu atau bapanya untuk membeli dadah, dia tidak akan teragak-agak untuk membunuh mereka.

“Untuk mendapatkan dadah, dia akan mencuri wang dan dalam proses mencuri, jika dia dihalang, dia akan menggunakan senjata untuk membunuh,” kata Dr Mahathir.

Dr. Mahathir juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya bekerjasama bagi melumpuhkan pengedaran dadah, kerana dadah ialah jenayah rentas sempadan dan mudah diperoleh di sempadan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lr_ZGaEFDik[/wpdevart_youtube]

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd