• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua R&R Di LPT2 Dijangka Beroperasi Sepenuhnya Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
16/11/2015
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kerajaan Terengganu menjangkakan kesemua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Ir Rosli Othman berkata setakat ini R&R di kawasan Perasing dan Ajil telah beroperasi dan beberapa lot kedai telah pun dibuka.

Katanya beberapa lagi R&R seperti di Paka dan Bukit Besi akan dibuka secara berperingkat selepas kawasan itu siap sepenuhnya.

“Ini adalah hasrat kerajaan negeri untuk mempercepatkan kawasan itu beroperasi bagi memberi kemudahan kepada pengguna untuk berehat, makan dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Mesra Muhibbah Sambutan Hari Deepavali di Dewan Sivik Kerteh dekat sini malam tadi.

Menurutnya selain kawasan R&R, pihaknya juga meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengenal pasti lokasi strategik bagi membina stesen minyak di laluan sepanjang 184 kilometer itu.

Dalam perkembangan lain, Rosli meminta pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar memberi perhatian kepada pengangkutan awam yang menggunakan laluan tersebut.

Ini ekoran beberapa kemalangan melibatkan langgar belakang ketika kenderaan bergerak dilaporkan berlaku di lebuh raya tersebut dan yang terbaharu, sebuah bas persiaran merempuh belakang lori membawa muatan kayu semalam.

“Ada dakwaan yang mengatakan mereka tidak nampak lampu pada kenderaan di hadapan sehingga tercetusnya kemalangan.

“Jadi kita harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera dan pemandu lori mahupun bas menitik beratkan kenderaan mereka bagi menggelakkan insiden ini daripada terus berulang,” katanya. – BERNAMA

Tags: LPT2R&R
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

Ejen Insurans Ugut Bunuh Pelanggan Ditahan

Anggota Polis Ditemui Mati Di R&R

14/06/2024
0

Nilai: Seorang anggota polis ditemui mati di tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di sini, semalam. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd