• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung S6 Ini, Selamatkan Pemiliknya Ketika Paris Dibom

oleh AK-47
18/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERANGAN pengganas di Perancis Jumaat lalu, mengorbankan 132 nyawa dan mencederakan 327 orang awam.

Ia dipercayai serangan terancang Puak Militan Negara Islam (ISIS) yang melakukan onar di lima lokasi sekitar Paris.

Antaranya stadium Stade Di France, di mana pada waktu tersebut berlangsung perlawanan bola sepak antara Perancis dan Jerman.

Tiga bom diletupkan di pintu masuk stadium, mengakibatkan lima kematian.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Sylvester, dilaporkan terselamat daripada letupan tersebut apabila telefon pintar yang dipegangnya berjaya menyerap serpihan bom yang meletup di kawasan stadium.

slvester
Lelaki yang dikenali sebagai Sylvester menunjukkan telefon pintar yang menyelamatkan nyawanya.

Dia yang menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S6 Edge, sedang bercakap ketika serangan dilakukan.

s6paris3
Struktur binaan Galaxy S6 Edge yang kuat berjaya menyelamatkan nyawanya.

Sekiranya peranti tidak menyerap serpihan yang meletup, dia mungkin akan terbunuh atau sekurang-kurangnya mengalami kecederaan kepala yang kritikal.

Ini bukanlah kejadian pertama, peranti pintar menjadi ‘jaket kalis peluru’ yang menyelamatkan pengguna.

Pada tahun 2010 seorang anggota polis Brazil terselamat selepas Lumia 520 menahan peluru yang dilepaskan seorang perompak yang cuba memasuki rumah ibunya.

Setahun selepas itu, seorang pengawal keselamatan di sebuah kelab malam di Atlanta Georgia, diselamatkan oleh sebuah HTC Evo 3D yang diletakkan dalam kocek jaket.

Tanpa telefon pintar itu, peluru mungkin sudah menembusi jantungnya.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: ANDROIDHEADLINES

Tags: BomParisPerancisserangan IS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd