• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keganasan Di Paris Tak Boleh Dikait Dengan Mana-Mana Agama

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Keganasan yang berlaku di Paris, Perancis tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama, khususnya Islam kerana tiada agama yang membenarkan penganutnya melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa perlu berlaku adil dan tidak sepatutnya mengaitkan keganasan dengan label militan Islam.

“Saya bersama-sama masyarakat dunia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku itu dan ajaran Islam melarang keras perbuatan ekstremisme sekalipun ketika umatnya sedang berada dalam peperangan.

“Sebagai contoh Rasulullah SAW meletakkan syarat penting dalam peperangan yang mana umat Islam tidak boleh membunuh orang awam, kanak-kanak, kaum wanita atau orang tua.

“Malah, mereka yang mencari perlindungan di rumah ibadat juga tidak boleh dibunuh dan ini menunjukkan agama Islam tidak sesekali menyokong perbuatan militan termasuk dalam keganasan di Paris,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Asyraf Wajdi ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Multaqa dan Penyampaian Anugerah Pegawai Masjid, Guru Takmir dan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) peringkat negeri.

Majlis itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Asyraf Wajdi mengulas mengenai keganasan di Paris, Perancis pada Jumaat malam yang menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dan lebih 200 yang lain cedera yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS.

Beliau turut meminta masyarakat antarabangsa berlaku adil dan tidak mengaitkan sebarang bentuk keganasan dengan agama Islam kerana menurutnya keganasan turut dilakukan penganut agama lain.

“Kejadian seperti itu bukan hanya berlaku di Paris tapi juga sedang melanda negara Syria dan bumi Palestin.

“Jadi, seluruh masyarakat dunia perlu bersatu dan bersama-sama mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang sedang berlaku di seluruh dunia ketika ini,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]afs0XP2d_k4[/wpdevart_youtube]

Tags: Parisserangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd